Search This Blog

Wednesday, 29 November 2017

SABAH NEGERI DIBAWAH BAYU


                                                           SABAH NEGERI DIBAWAH BAYU





Apakah itu SABAH ? Sabah merupakan sebuah negeri yang terdapat di dalam Malaysia . Sebuah tempat yang cantik dan menarik untuk anda semua lawati . Jarak dari semenanjung Malaysia ke Sabah adalah lebih kurang 2 jam sekiranya keadaan udara baik .  Ibu negeri bagi Sabah ialah Kota Kinabalu , sebuah bandar yang cantik dan menarik  ! Terdapat berbilang etnik dan suku kaum yang terdapat dinegeri ini .



Terdapat pelbagai tempat tempat yang menarik yang boleh anda kunjungi sekiranya anda datang ke Sabah , contohnya anda boleh mendaki Gunung  Kinabalu juga jika anda seorang yang gemar aktiviti yang lasak , anda juga boleh melakukan aktiviti snorkelling jika anda ingin melihat keindahan ciptaan Tuhan kerana terdapat banyak pulau pulau dan pantai yang menarik dan cantik yang anda boleh lawati di Sabah . Selain itu di Kota Kinabalu terdapat masjid yang berada diatas air .


Jika anda seorang yang gemarkan makanan laut yang segar segar , keputusan anda untuk datang ke Sabah merupakan keputusan yang tepat kerana diSabah , terdapat berbagai kedai yng menjual makanan laut yang segar , selain itu , Ketam , udang , lobster dan siput siput yang terdapat di Sabah juga sizenya lain daripada yang lain , disini sizenya besar gilaaaa !  



Sekian itu sahaja daripada saya



Sunday, 26 November 2017

COME TO MY FRIEND BLOG AND SEE THE AMAZING THING

http://adventurexuniselnews.blogpost.my/

foodhunterfamily.blogpost.com

goldfairydusts.blogspot.com

lifestylemyr.blogspot.com

hackers1998.blogspot.com

www.wewalkwithnature.blogspot.com

friends4everstory.blogspot.com


Saturday, 25 November 2017

SK (SERLAHKAN KEHEBATAN), SAU (SANTAI ANAK UTARA), RETROMANIA, MEGA GATHERING apa semua itu??


SAU (Santai Anak Utara) adalah program dimana kita mengumpulkan penunggang motosikal terdiri daripada anak muda di seluruh Kedah dan tiga negeri utara yang lain. Program ini dianjurkan bersama Gabungan Anak Utara itu adalah kali kelima diadakan yang bermula pada 2013 di Pantai Merdeka. 


Dalam program ini, anak muda bukan sahaja dapat berjumpa dan berkenalan antara satu sama lain, mereka juga berkesempatan mendapatkan nasihat serta bertukar pandangan antara satu sama lain mengenai dunia pemotoran. Tujuan SAU (Santai Anak Utara) ini dianjurkan adalah kerana tak mahu anak muda ini menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba sebaliknya sebuah litar lumba diwujudkan oleh kerajaan di negeri Kedah bagi golongan muda membabitkan diri dalam sukan bermotor



Begitu juga sama seperti SAU (Santai Anak Utara), SK (Serlahkan Kehebatan) juga salah satu program di kita mengumpul semua rider - rider moto dari pelbagai jenis motosikal, tempat mereka berada dan dan umur mereka serta kaum. Program ini kita tidak memandang harta ataupun minat seseorang itu jenis kenderaan berbumbung mahupun tidak berbumbung, tetapi memandang persahabatan dan kesepakatan dalam sesebuah kehidupan. 


Pihak majlis pembandaran dan polis juga sokongan dalam program ini dengan menyediakan tempat khas untuk program ini, menjaga lalu lintas, memberi nasihat dan menjaga keselamatan di sekeliling. Ini memberi kesedaran kepada semua penunggang motor tentang menguna jalan raya secara berkhemah. 


Berbeza pula dengan RETROMANIA, RETROMANIA mengumpul semua pelusuk negeri di Malaysia. Program ini mengumpul semua jenis motorsikal retro atau erti kata old school tetapi kebanyakkan motor retro ini dikunjungi oleh otai - otai lama atau orang lama yang mempunyai motosikal retro. 







Kebanyakkan program RETROMANIA motosikalnya susah dijumpai dimana - mana kerana, orang - orang tertuntu sahaja yang boleh memperolehinya. Motosikal retro ini hanya satu keluaran saja pada tahun 70an hingga 90an itu sebablah jentera - jentera retro ini hanya limited adition. 




Thursday, 23 November 2017

Mengukuhkan Perpaduan Dalam Kalangan Masyarakat



Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?
Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”.
Hari ini makan maggi,
Selamat datang ke blog society.

Pada hari Isnin 6 November 2017 telah adanya perlawanan bola sepak  di antara Chelsea menentang Manchester United. Perlawanan ini adalah salah satu perlawanan yang ditunggu oleh ramai pihak kerana dianggap dua pasukan yang saling mementingkan kemenangan dan boleh menyebabkan sedikit pergaduhan bagi penyokong.

Kedua-dua pasukan memiliki penyokong yang agak ramai dan contohnya seperti di Restoran Hakim. Restoran Hakim itu sudah mula penuh sejak pukul 10 pm dan kebanyakan tempat duduk sudah dipenuhi dan ada yang terpaksa menunggu meja dan kerusi tambahan yang dibuka di luar untuk tengok di skrin besar.








Monday, 30 October 2017

10 TAHUN BERSAMA OASIS



Unisel telah mengadakan satu acara rasmi pada 27,28,29 Oktober 2017, Acara ini dinamakan Soul Station dengan mendapat kerjasama dari Astro Oasis semperna ulang tahun ke - 10 Astro Oasis untuk bersama - sama menarik penghujung untuk hadir ke UNISEL Shah alam.



Banyak aktivi menarik yang ada pada hari tersebut antaranya jualan makanan,jualan pakain,pameran,sesi bertemu mesra dengan artis jemputan dan banyak lagi. Sekaligus ini akan memeriahkan lagi sambutan Soul Station yang diadakan di UNISEL.



Pada hari kedua Soual Station ini, Soul Station dimulakan pada jam 8 pagi dengan aktiviti senamrobik di kawasan terbuka UNISEL untuk bersama - sama memeriahkan aktiviti ini dan berapatkan hubungan persaudaraan diantara pengunjung.

Aktiviti pada pagi itu juga dimeriahkan lagi dengan aktivi Futsal dan Bola Jaring dengan penyertaan dibuka kepada semua golongan pelajar and orang luar. Turut diadakan juga aktiviti meet and great yang dimeriahkan oleh artis jemputan Diana Amir di booth Astro Oasis.

Banyak juga aktivi yang boleh dilakukan oleh pengunjung, Antaranya boleh melawat booth fakulti unisel untuk mengetahui dengan lebih mendalam bidang - bidang yang ditawarkan oleh UNISEL di Pro Cansellor Hall. Pengunjung juga boleh bermain dan melihat haiwan seperti Ikan,Ular,Arnab,Angsa dan ayam di booth haiwan.




Ativiti petang itu juga turut dimeriahkan dengan slot santai UNISEL yang dimeriahkan oleh artis jemputan Man Raja Lawak dan Elfira Loy. Kedua2 artis ini mengambil kesempatan di dalam slot ini untuk berkongsi dengan pengunjung tentang isi semasa dan pengalan yang menarik bersama pengunjung.

Turut diadakan juga slot Oki Dan Sahabat di pentas utama UNISEL. Slot ini digunakan oleh artis jemputan untuk memberi info dan pesanan yang padat kepada pengunjung tentang kehidupan yang boleh memberi sedikit isi kepada pengujung yang hadir.



Astro Oasis juga turut memberi peluang kepada pegunjung untuk memenangi hadiah dengan bermain spin roller di booth astro oasis dengan syarat peserta mendaftar terlebih dahulu di aplikasi astro gempak. Pengujung boleh memenangi bag starwars, dvd movie big hero 6 dan macam - macam hadiah lagi.



Turut diadakankan juga pada petang itu slow Meet N Great di booth Astro Oasis,Pengunjung boleh beramah bersama artis jemputan ketika itu,Atara atris jemputan yang dipanggil ialah Mat Dan dan PU Amin dari imam muda. Pengunjung boleh meluangkan masa bersama mereka dan Bergembira bersama patung gergasi  DIDI And Friend Hero.


Tiba pada malam hari. Belangsungnya konsert reunion di petas utama UNISEL  yang dihostkan oleh Bell dan Faisal Ismail. Kedua pengacara ini secara langsung menghiburkan pengujung yang hadir di konsert tersebut sambil menunggu persembahan dari artis kegemaran mereka.















Friday, 27 October 2017

CAPONE

CAPONE

Setiap Guru perlu diberi penghormatan kerana mereka banyak berlelah dan mencurahkan ilmu kepada belia untuk menjadi bangsa yang berjaya”



Ini yang saya ingin kongsikan kepada anda tentang satu kumpulan pelajar yang dinamakan AL CAPONE yang berlatarkan dari golongan pelajar kelas bawahan sampai kelas cemerlang dengan satu objektif untuk menyambut hari guru dengan cara yang istimewa.

Kumpulan pelajar dari SMK SUBANG BESTARI ini merancang untuk membuat satu kertas bersaiz gergasi untuk ditayangkan dihadapan guru - guru di sekolah terbabit. Mereka menggunakan modal mereka sendiri seperti cat,spray,kertas untuk mencapai objektif mereka ini dengan melakar kertas gergasi ini yang memakan hampir 2 minggu.



Tibanya hari yang mereka nantikan, Sambutan Hari Guru yang dilangsungkan pada hari berkenaan. Mereka telah menunjukkan hasil mereka pada hari tersebut dan menerujakan guru - guru yang berada di sekolah terbabit.

Apa yang menarik minat saya dengan kumpulan terbabit, Kumpulan ini didiami berbagai latar pelajar tidak kiralah mereka dari kelas bawahan mahupun kelas cemerlang.. yang penting kerjasama yang baik mampu untuk kumpulan ini mecapai impian mereka. 


SAGA FIORE ADDY COOL

 Antara jelmaan Fiore terbaek dlm koleksi SagaJB... klu parking seblah Ferrari pun org tak heran dgn Ferrari tu