SAU (Santai Anak Utara) adalah program dimana kita mengumpulkan penunggang motosikal terdiri daripada anak muda di seluruh Kedah dan tiga negeri utara yang lain. Program ini dianjurkan bersama Gabungan Anak Utara itu adalah kali kelima diadakan yang bermula pada 2013 di Pantai Merdeka.
Dalam program ini, anak muda bukan sahaja dapat berjumpa dan berkenalan antara satu sama lain, mereka juga berkesempatan mendapatkan nasihat serta bertukar pandangan antara satu sama lain mengenai dunia pemotoran. Tujuan SAU (Santai Anak Utara) ini dianjurkan adalah kerana tak mahu anak muda ini menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba sebaliknya sebuah litar lumba diwujudkan oleh kerajaan di negeri Kedah bagi golongan muda membabitkan diri dalam sukan bermotor
Begitu juga sama seperti SAU (Santai Anak Utara), SK (Serlahkan Kehebatan) juga salah satu program di kita mengumpul semua rider - rider moto dari pelbagai jenis motosikal, tempat mereka berada dan dan umur mereka serta kaum. Program ini kita tidak memandang harta ataupun minat seseorang itu jenis kenderaan berbumbung mahupun tidak berbumbung, tetapi memandang persahabatan dan kesepakatan dalam sesebuah kehidupan.
Pihak majlis pembandaran dan polis juga sokongan dalam program ini dengan menyediakan tempat khas untuk program ini, menjaga lalu lintas, memberi nasihat dan menjaga keselamatan di sekeliling. Ini memberi kesedaran kepada semua penunggang motor tentang menguna jalan raya secara berkhemah.
Berbeza pula dengan RETROMANIA, RETROMANIA mengumpul semua pelusuk negeri di Malaysia. Program ini mengumpul semua jenis motorsikal retro atau erti kata old school tetapi kebanyakkan motor retro ini dikunjungi oleh otai - otai lama atau orang lama yang mempunyai motosikal retro.
Kebanyakkan program RETROMANIA motosikalnya susah dijumpai dimana - mana kerana, orang - orang tertuntu sahaja yang boleh memperolehinya. Motosikal retro ini hanya satu keluaran saja pada tahun 70an hingga 90an itu sebablah jentera - jentera retro ini hanya limited adition.
No comments:
Post a Comment