Search This Blog

Saturday, 6 January 2018

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013


PASUKAN GERAKAN KHAS (PGK)


ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)



PENENTANG
Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipinasejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad DatuSabah pada 11 Februari 2013. Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu. Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan

MOTIF KEDATANGAN:
Mengikut sumber dari Al Jazeera News, kehadiran tentera Sulu di Lahad Datu adalah disebabkan mereka ingin menuntut pengiktirafan dan hak untuk selama-lamanya tinggal di Sabah.
The Manila Times menyebut bahawa pencerobohan tersebut berlaku sejurus selepas pemimpin pembangkang Anwar Ibrahimmengatakan Malaysia akan kehilangan Sabah tidak lama lagi di dalam salah satu ceramah politik yang diadakan oleh parti beliau,Parti Keadilan Rakyat. Agensi perisikan Filipina juga telah menyatakan ada campur tangan beberapa pihak yang telah mencetuskan kejadian ini. Salah satu pihak yang dikenalpastinya adalah Anwar Ibrahim.Namun begitu untuk menafikan pembabitan mereka, Tian Chua, Naib Presiden menyatakan bahawa ini adalah sandiwara kerajaan Barisan Nasional untuk menakut-nakutkan rakyat.Tian Chua telah dikecam hebat kerana mengeluarkan kenyataan tersebut. Jacel Kiram, puteri Jamalul Kiram III juga menyangkal dakwaan mereka disokong Anwar Ibrahim atau orang lain.



Berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu, polis Malaysia telah menangkap 104 warga Filipina yang disyaki ada kaitan dengan Jamalul Kiram III di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, salah satu daripada pengganti Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mereka termasuklah beberapa ahli keluarga Kiram yang memasuki negeri Sabah menggunakan identiti palsu.111 pengganas Sulu juga berjaya ditangkap manakala lapan orang lagi didakwa di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati di Malaysia.

Kewujudan ESSCOM dan ESSZONE


Juga berikutan dengan krisis ini, kerajaan telah mewujudkan sebuah kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada 7 Mac 2013 bagi memperkuatkan lagi keselamatan maritim di bahagian timur Sabah. Beberapa minggu selepas itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Abdul Razak telah melancarkan sebuah zon yang dikenali sebagai Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) pada 25 Mac 2013.




Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan bahawa sumbangan sebanyak RM 100,000.00 akan diberikan kepada keluarga anggota PDRM yang terkorban di dalam pertempuran di Lahad Datu. Manakala bagi anggota yang cedera, sebanyak RM 50,000.00 akan disumbangkan oleh kerajaan negeri.
Anggota yang terkorban juga dinaikkan pangkat agar keluarga mereka dapat menikmati kadar pencen yang lebih tinggi. Beberapa bantuan lain turut akan diterima oleh anggota dan keluarga anggota yang terlibat.


No comments:

Post a Comment

SAGA FIORE ADDY COOL

 Antara jelmaan Fiore terbaek dlm koleksi SagaJB... klu parking seblah Ferrari pun org tak heran dgn Ferrari tu