Search This Blog

Sunday, 7 January 2018




Human societies,
like human beings,
live by faith and,
die when faith dies.


Society taught me that
 not mater what size i am, 
i will never be good enough. 
i will always be too skinny, too fat, too short

KAMI


Kami! Dilahirkan berlainan ibu dan bapa. Tapi hubungan kami seperti adik beradik yang sama dari ibu dan bapa.

Walaupun berlainan ibu dan bapa, kami masih boleh merapatkan hubungan kami menjadi rapat dan akrab. 


Walhal, dalam masa yang singkat perkenalan kami terus menjadi rapat sehingga ke hari ini. 

Setiap gurau senda yang hadir daripada kami hanyalah untuk bergurau walaupun gurauan kami agak kasar dalam 1 masa ketika.



Kami! Bukan hanya memikirkan diri kami sendiri. kami juga akan memikirkan diri orang di sekeliling kami. 

Hidup kami penuh dengan sikap bergurau senda walaupun kami sebenarnya tahu tak semua orang akan terima gurauan kami yang kasar lagikan tidak menarik bagi mereka.

Akhir sekali, itulah KAMI!

Saturday, 6 January 2018

FILEM: MALAY REGIMENT


Filem 'Malay Regiment' bukanlah sebuah karya yang dihasilkan bagi memperlekehkan mana-mana pihak, jauh sekali memaparkan babak yang dikatakan sebagai berunsur perkauman bagi menyebarkan propaganda politik, seperti didakwa sesetengah pihak.
Sebaliknya, ia sebuah naskhah yang memperlihatkan kepada masyarakat mengenai fakta sejarah mengapa Ops Gubir dilaksanakan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam membanteras komunis sekitar 1976.
Filem yang diangkat daripada kisah benar itu sebenarnya diolah daripada manuskrip yang mengangkat tujuh wasiat Raja-Raja Melayu dan diterapkan dalam filem bagi membakar semangat generasi hari ini.





Filem ini agak menarik dari segi penceritaan apabila ia turut dipersembahkan secara imbas semula, membabitkan dua era iaitu zaman sekarang dan ketika perwira kita menentang musuh di perbatasan pada dekad 70-an.
Bagi era terkini, ia diwakili oleh watak cucu askar yang membuat penyelidikan dan berusaha menggali rahsia kehebatan datuk masing-masing, termasuklah rahsia besar seorang daripada anak muda berkenaan.
Pujian juga boleh diberi kepada pengarahnya yang bijak bermain dengan teknik suntingan, yang membuatkan babak ke babak bergerak secara pantas.
Selain itu, ia turut memaparkan persembahan visual yang segar dari segi aksi, gerak lakon, permainan kamera dan teknik sinematografi. Kekuatan inilah yang membantu melahirkan kesan emosi dan mampu mengundang elemen patriotik pada penceritaannya.

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013


PASUKAN GERAKAN KHAS (PGK)


ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)



PENENTANG
Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipinasejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013. Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu. Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan

MOTIF KEDATANGAN:
Mengikut sumber dari Al Jazeera News, kehadiran tentera Sulu di Lahad Datu adalah disebabkan mereka ingin menuntut pengiktirafan dan hak untuk selama-lamanya tinggal di Sabah.
The Manila Times menyebut bahawa pencerobohan tersebut berlaku sejurus selepas pemimpin pembangkang Anwar Ibrahimmengatakan Malaysia akan kehilangan Sabah tidak lama lagi di dalam salah satu ceramah politik yang diadakan oleh parti beliau,Parti Keadilan Rakyat. Agensi perisikan Filipina juga telah menyatakan ada campur tangan beberapa pihak yang telah mencetuskan kejadian ini. Salah satu pihak yang dikenalpastinya adalah Anwar Ibrahim.Namun begitu untuk menafikan pembabitan mereka, Tian Chua, Naib Presiden menyatakan bahawa ini adalah sandiwara kerajaan Barisan Nasional untuk menakut-nakutkan rakyat.Tian Chua telah dikecam hebat kerana mengeluarkan kenyataan tersebut. Jacel Kiram, puteri Jamalul Kiram III juga menyangkal dakwaan mereka disokong Anwar Ibrahim atau orang lain.



Berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu, polis Malaysia telah menangkap 104 warga Filipina yang disyaki ada kaitan dengan Jamalul Kiram III di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, salah satu daripada pengganti Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mereka termasuklah beberapa ahli keluarga Kiram yang memasuki negeri Sabah menggunakan identiti palsu.111 pengganas Sulu juga berjaya ditangkap manakala lapan orang lagi didakwa di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati di Malaysia.

Kewujudan ESSCOM dan ESSZONE


Juga berikutan dengan krisis ini, kerajaan telah mewujudkan sebuah kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada 7 Mac 2013 bagi memperkuatkan lagi keselamatan maritim di bahagian timur Sabah. Beberapa minggu selepas itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Abdul Razak telah melancarkan sebuah zon yang dikenali sebagai Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) pada 25 Mac 2013.




Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan bahawa sumbangan sebanyak RM 100,000.00 akan diberikan kepada keluarga anggota PDRM yang terkorban di dalam pertempuran di Lahad Datu. Manakala bagi anggota yang cedera, sebanyak RM 50,000.00 akan disumbangkan oleh kerajaan negeri.
Anggota yang terkorban juga dinaikkan pangkat agar keluarga mereka dapat menikmati kadar pencen yang lebih tinggi. Beberapa bantuan lain turut akan diterima oleh anggota dan keluarga anggota yang terlibat.


MENGIMBAS SEMULA: Bendera Malaysia di selatan Thai


Masihkah anda ingat, Puak pemisah ketika itu dipercayai membakar bendera Thailand dan kemudian mengibarkan bendera Malaysia di kawasan yang diserang secara terancang di selatan negara ini, kata pegawai.
Polis berkata, bendera Malaysia dikibarkan di beberapa jalan utama dan tiang-tiang elektrik, pokok dan jambatan pejalan kaki di Yala, Pattani dan Naratihwat serta Songkhla
separatis di Thailand membakar bendera Thailand dan mengibarkan banyak bendera Malaysia di Pattani sempena ulangtahun ke 23 penyatuan empat kumpulan pemisah dan bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia.

Hal ini disebut oleh pihak berkuasa Thai sebagai cubaan merosakkan hubungan baik Thailand - Malaysia namun mengakui ia tidak akan menjejaskan apa-apa. Bendera di kibar di tiang lampu sepanjang jalan di beberapa tempat di Pattani, Yala, Narathiwat dan termasuk kawasan majoriti Buddha di Songkhla.

Hal ini juga memperlihatkan apakah 'gerakan merdeka' Pattani kini telah beralih kepada 'gerakan sertai Malaysia' ?

Menurut seorang pemerhati, kali terakhir Jalur Gemilang dikibarkan oleh pihak 'tidak bertanggunjawab' di wilayah Pattani ialah ketika lawatan PM Najib ke Selatan Thai pada tahun 2009.

Jelas sekali, ketika sebilangan rakyat negara ini langsung tidak mengenal erti syukur, ramai penduduk negeri jiran di kawasan sempadan negara ini  di Indonesia dan Thailand sangat-sangat mendambakan untuk menjadi sebahagian dari Malaysia.




Pemberontakan di Thailand Selatan merupakan sebuah kempen pemisah, yang bertempat di kawasan kawasan Pattani yang didominasi oleh etnik Melayu, sebenarnya terbina daripada tiga daerah-daerah paling selatan di Thailand , dengan peningkatan perjuangan yang melimpah ke daerah-daerah lain . Walaupun perjuangan pemisahan ini telah wujud berdekad-dekad di kawasan berkenaan, kempen ini meningkat secara mendadak pada dalam tahun 2004. Pada bulan Julai 2005 Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, telah memberikan kuasa lebih besar dengan bertujuan untuk menghapuskan pemberontakan. Pada bulan September 2006, Kommander Tentera, Sonthi Boonyaratkalin telah diberikan kuasa eksekutif luar biasa untuk melawan pergolakan ini. Tidak lama selepas itu, pada 19 September 2006, Sonthi dan satu junta tentera telah menyingkirkan Thaksin di dalam satu rampasan kuasa. Despite isyarat damai daripada junta, pemberontakan masih berlanjutan dan semakin menjadi-jadi . Jumlah kematian, 1,400 pada masa rampasan kuasa, bertambah hingga ke 2,579 pada mid-September 2007. Di sebalik sedikit kemajuan dalam membendung perjuangan, junta telah mengisytiharkan bahawa keselamatan di Thailand selatan semakin baik dan keamanan akan datang ke kawasan berkenan di dalam tahun 2008. Jumlah kematian telah meningkat ke 3,000 di dalam bulan Mac 2008.
Junta tentera mempunyai beberapa bahan bukti bahawa pemberontakan ini telah dibiayai oleh restoran-restoran menjual sup Tom Yam di Malaysia kerana ramai masih berminat di dalam pergerakan itu.The Malaysian government argued the claim "absolutely baseless," and "very imaginative.
Luka lama di Thailand Selatan kembali berdarah sejak 2003 berikutan arahan keras oleh Perdana Menteri Thailand , Thaksin Shinawatra terhadap penduduk Yala, Narathiwat dan Pattani yang militan. Lebih 1500 telah terbunuh.
Penduduk yang merasakan diri mereka tertindas oleh Thailand telah mengangkat senjata dan melakukan pengeboman demi pengeboman. Mereka mahu negara yang merdeka dari pemerintah Thailand.

Tuesday, 2 January 2018

BERATUR ITU ADAB


Beratur ialah satu adab yang harus dipupuk oleh semua masyarakat kerana itu salah satu tanggungjawab untuk diri sendiri. Tidak beratur ketika membeli sesuatu benda dan memotong barisan apabila orang lain beratur boleh mengundang kemarahan orang lain.

SAGA FIORE ADDY COOL

 Antara jelmaan Fiore terbaek dlm koleksi SagaJB... klu parking seblah Ferrari pun org tak heran dgn Ferrari tu