Search This Blog
Tuesday, 26 December 2017
4 HARI DI BUMI THAILAND
Pada hari yang lepas saya bersama rakan - rakan mebuat percutian di bumi thailand selama 4 hari. Sepanjang kami di sana kami teroka empat wilayah di thailand iaitu Satun,Songkla, Hat yai dan Danok.
Saban hari saya dok menghitung hari...ada sebulan lagi dengan tarikh yang telah di setkan. Rasa tak sabar pun ada juga..excited sungguh...ya la, excited bila membayangkan macam-macam pilihan makanan yang diceritakan oleh kawan-kawan yang semuanya sedap2 belaka...dengan pulut mangganya, pelbagai kuihnya, udang galah yang besar-besar, pulut ayamnya, buah-buahannya dan sudah tentu barangan shoppingnya...wahhh...menarik sungguh. setiap malam saya buat research tentang Hatyai dan Songkla, baca blog-blog mereka yang pernah bercuti ke sana, baca Wikipedia tentang Hatyai. Saya membuat catatan dalam perisian Notes yang ada dalam Handphone, semua perkara yang saya rasa penting untuk diberi perhatian dan diingati, termasuklah tempat makan halal yang sedap, dan tempat-tempat menarik untuk dilawati.
Kami telah membuat tempahan Hotel melalui Expedia.com. Pertama kali saya menggunakan tempahan online ini, selalunya Agoda atau Booking.com. Saya beranikan diri menggunakan Expedia.com sebab ianya hanya muncul di skrin komputer masa tempahan untuk ke Hatyai, sebelum ni untuk tempahan ke tempat lain, tak ada pulak dia muncul di skrin komputer...jadinya saya berandaian bahawa, mungkin ini tempahan online yang bagus, kenapa tidak saya mencuba? okey semuanya settle, dengan tempahan di Merlin Grand Hotel. Hotel ni terletak kira-kira 0.5 km daripada pusat Bandar. Kalau sebelum ni Mr Husband duduk betul-betul di Hotel di pusat Bandar, iaitu di Regency Hotel. Apa salah kami mencuba di sini pula. Keseluruhan bayaran hotel untuk tiga hari dua malam termasuk tax adalah sebanyak RM230. Hotel ni kiranya saya rekmen la untuk pilihan penginapan, bersih, cukup selesa untuk dua orang, dan layanan pekerja sangat baik..pekerja hotel di bahagian Reception, boleh berbahasa Melayu siam...lebih kurangnya macam cakap kelate la...pekerja yang lain, tak tahu berbahasa Melayu, juga tak mahir berbahasa Inggeris...tang ini memang haru la...tapi tak mengapa, yang penting untuk kita communicate hanya dgn bahagian reception sahaja.
mari sama-sama kita kenali dulu dengan lebih dekat tentang Bandar Hatyai ini. Hatyai merupakan Bandar ketiga terbesar di Thailand, dan Bandar terbesar di selatan Thai. Ia terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia. Hatyai merupakan Bandar terbesar di Wilayah Songkla dan kawasan metropolis yang terbesar di Selatan Thai. Kedua-dua Bandar Hatyai dan Songkla ini merupakan sebahagian daripada kawasan metropolis Hatyai-Songkla Besar. Wilayah Songkla turut terkenal dengan pusat pendidikan yang penting di Selatan Thai. Terdapat lima buah institusi pengajian tinggi iaitu, Thaksin University, Songkla Rajabhat University, Rajamangala University of Technology dan dua buah institusi pengajian tinggi di Hatyai iaitu Hatyai University dan Prince of Songkla University.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SAGA FIORE ADDY COOL
Antara jelmaan Fiore terbaek dlm koleksi SagaJB... klu parking seblah Ferrari pun org tak heran dgn Ferrari tu
-
PASUKAN GERAKAN KHAS (PGK) ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) PENENTANG Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo...
-
Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, Selangor Darul Ehsan sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 4...
-
Masihkah anda ingat, Puak pemisah ketika itu dipercayai membakar bendera Thailand dan kemudian mengibarkan bendera Malaysia di kawasan y...
No comments:
Post a Comment