Search This Blog

Wednesday, 27 December 2017

HIDUP SEORANG NELAYAN


Hidup kata kebanyakan orang adalah sebuah pilihan. Setiap orang berhak memilih arah hidupnya masing-masing. Tak salah kemudian pilihan hidupku sekarang ini menjadi seorang nelayan. Hanya pekerjaan itu yang aku bisa lakukan. Saat semua orang terlelap tidur dalam dekapan dinginnya malam, nelayan sudah harus bangun untuk berlayar ke laut mencari sesuap nasi. Bukankah pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang bahagia mambuat segala pekerjaan menjadi mudah.

Pekerjaan sebagai nelayan mungkin menurut sebagian orang cukup melelahkan. Sangat melelahkan memang bagi sebagian orang yang baru tahu. Bagi yang berasal dari keluarga nelayan, yang sedari kecil terbiasa dengan semua itu, tentu bukanlah pekerjaan yang melelahkan. Percayalah bahawa inilah jalan Tuhan yang diberikan pada nelayan, selalu bersyukur dengan semua itu. Nelayan pun punya peranan penting dalam kehidupan. Kalau tidak ada nelayan, bagaimana bisa kita semua bisa menikmati lezatnya ikan dan makanan-makanan laut lainnya.

Apa yang saya ingin katakan sekarang adalah, jangan lah riak dan berbangga dengan harta sebab Allah nak tarik sekejap saja. 

Tuesday, 26 December 2017

RAYA 2016

Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Kurban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.


Raya bersama kawan baru di Unisel dan pada waktu ini telah selesai event pertama kami pada semester 1 tahun 2016.



Pelajar berbangsa india kelas kami juga, datang meraikan hari raya bersama kami.



KEK LOK SI TEMPLE

Kuil Kek Lok Si adalah kuil Buddha yang terletak di Air Itam di Pulau Pinang yang menghadap ke laut dan mempersembahkan pemandangan yang mengagumkan, dan merupakan salah satu kuil yang terkenal di pulau itu. Ia dikatakan sebagai kuil Buddha terbesar di Malaysia.  Ia juga merupakan pusat ziarah penting bagi umat Buddha dari Hong Kong, Filipina, Singapura dan negara-negara lain di Asia Tenggara. Kompleks kuil ini dibina sepanjang tempoh dari 1890 hingga 1930, inisiatif inspirasi Beow Lean, Abbot. Lukisan utama di kompleksnya ialah pagoda tujuh tingkat Pagoda Rama VI (Pagoda Sepuluh Ribu Buddha) dengan 10,000 alabaster dan patung-patung gangsa Buddha, dan patung gangsa setinggi 36.57 meter  Kuan Yin, Dewi Belas kasihan.












BUKIT BROGAAAAA


Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, Selangor Darul Ehsan sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.

Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.

Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Ia juga merupakan awal pendakian untuk mendaki gunung Tok Wan.


Setelah sampai di bukit broga, berehat sebentar untuk mendapatkan tenaga yang baru.


Melihat keindahan alam di Bukit Broga.

dan lelaki berbaju hijau ini membuktikan bahawa orang gemuk pon boleh mendaki dan dia berjaya mendaki Bukit Broga tanpa ada kecederaan.

'

selesai sudah aktiviti mendaki Bukit Broga.



4 HARI DI BUMI THAILAND



Pada hari yang lepas saya bersama rakan - rakan mebuat percutian di bumi thailand selama 4 hari. Sepanjang kami di sana kami teroka empat wilayah di thailand iaitu Satun,Songkla, Hat yai dan Danok.

Saban hari saya dok menghitung hari...ada sebulan lagi dengan tarikh yang telah di setkan. Rasa tak sabar pun ada juga..excited sungguh...ya la, excited bila membayangkan macam-macam pilihan makanan yang diceritakan oleh kawan-kawan yang semuanya sedap2 belaka...dengan pulut mangganya, pelbagai kuihnya, udang galah yang besar-besar, pulut ayamnya, buah-buahannya dan sudah tentu barangan shoppingnya...wahhh...menarik sungguh. setiap malam saya buat research tentang Hatyai dan Songkla, baca blog-blog mereka yang pernah bercuti ke sana, baca Wikipedia tentang Hatyai. Saya membuat catatan dalam perisian Notes yang ada dalam Handphone, semua perkara yang saya rasa penting untuk diberi perhatian dan diingati, termasuklah tempat makan halal yang sedap, dan tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Kami telah membuat tempahan Hotel melalui Expedia.com. Pertama kali saya menggunakan tempahan online ini, selalunya Agoda atau Booking.com. Saya beranikan diri menggunakan Expedia.com sebab ianya hanya muncul di skrin komputer masa tempahan untuk ke Hatyai, sebelum ni untuk tempahan ke tempat lain, tak ada pulak dia muncul di skrin komputer...jadinya saya berandaian bahawa, mungkin ini tempahan online yang bagus, kenapa tidak saya mencuba? okey semuanya settle, dengan tempahan di Merlin Grand Hotel. Hotel ni terletak kira-kira 0.5 km daripada pusat Bandar. Kalau sebelum ni Mr Husband duduk betul-betul di Hotel di pusat Bandar, iaitu di Regency Hotel. Apa salah kami mencuba di sini pula. Keseluruhan bayaran hotel untuk tiga hari dua malam termasuk tax adalah sebanyak RM230. Hotel ni kiranya saya rekmen la untuk pilihan penginapan, bersih, cukup selesa untuk dua orang, dan layanan pekerja sangat baik..pekerja hotel di bahagian Reception, boleh berbahasa Melayu siam...lebih kurangnya macam cakap kelate la...pekerja yang lain, tak tahu berbahasa Melayu, juga tak mahir berbahasa Inggeris...tang ini memang haru la...tapi tak mengapa, yang penting untuk kita communicate hanya dgn bahagian reception sahaja.

mari sama-sama kita kenali dulu dengan lebih dekat tentang Bandar Hatyai ini. Hatyai merupakan Bandar ketiga terbesar di Thailand, dan Bandar terbesar di selatan Thai. Ia terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia. Hatyai merupakan Bandar terbesar di Wilayah Songkla dan kawasan metropolis yang terbesar di Selatan Thai. Kedua-dua Bandar Hatyai dan Songkla ini merupakan sebahagian daripada kawasan metropolis Hatyai-Songkla Besar.  Wilayah Songkla turut terkenal dengan pusat pendidikan yang penting di Selatan Thai. Terdapat lima buah institusi pengajian tinggi iaitu, Thaksin University, Songkla Rajabhat University, Rajamangala University of Technology dan dua buah institusi pengajian tinggi di Hatyai iaitu Hatyai University dan Prince of Songkla University. 




PEMAIN IMPORT YANG BAKAL MENYINARI BOLA SEPAK MALAYSIA 2018

Dalam menghadapi saingan Liga Malaysia 2018 , banyak pasukan pasukan yang memperkuatkan pasukan mereka dengan membawa pemain pemain import yang boleh membantu pasukan mereka .


1 . EVAN DIMAS DAN ILHAM UDIN
     SELANGOR FA

        Selangor berjaya mengikat dua orang pemain kebangsaan Indonesia ini untuk membantu  Selangor memberi saingan di Liga Malaysia tahun hadapan . Bagaimanapun , terdapat spekulasi yang mengatakan Presiden PSSI tidak merestui pemergian mereka untuk berhijrah ke Liga Malaysia kerana takut pasukan Selangor tidak melepaskan mereka untuk national call up untuk pasukan Indonesia .






2 . CASSIO FRANCISCO de JESUS
     KELANTAN FA


          Pemain yang berasal dari Brazill ini berjaya diikat oleh pasukan Kelantan bagi memperkuatkan pertahanan mereka , Cassio sebelum ini bermain untuk pasukan Liga 1 Indonesia , Semen Padang .






3 . NICOLAS VELEZ
     NEGERI SEMBILAN

     
           Pemain asal Argentina ini bakal memperkuatkan jentera serangan pasukan Negeri Sembilan , Penyerang ni boleh dikatakan penyerang berbisa apabila berjaya meledak 13 gol daripada 28 penampilan bersama bekas kelabnya, Suphanburi FC pada saingan Liga Thai musim lepas .







4 . LA VERE CORBIN ONG
     JDT


        Pemain yang baru dinaturalisasikan oleh pasukan JDT ini bakal memperkuatkan back 4 pasukan JDT bagi menghadapi Liga Malaysia serta AFC Cup 2018 . Bermain diposisi bek kiri , Sebelum menyertai JDT , dia bermain untuk pasukan GO Ahead Eagles yang bermain di Liga Eridivisie
















       














SAGA FIORE ADDY COOL

 Antara jelmaan Fiore terbaek dlm koleksi SagaJB... klu parking seblah Ferrari pun org tak heran dgn Ferrari tu