BROTHERHOOD PENYELAMAT NYAWA PENGGUNA JALAN RAYA
Siapakah BROTHERHOOD Malaysia Nie Yang Sanggup Turun Padang Demi Membantu Penguna-Pengguna Yang Dalam Bahaya?”
BROTHERHOOD ini ditubuhkan untuk menyelamatkan beribu nyawa dan mangsa yang berisiko ketika menggunakan jalan raya. Mereka bertindak menuarakan pendapat dan idea mereka untuk kepentingan rakyat. Mereka bertindak secara sukarela seperti menurap jalan-jalan yang berlubang.
“Waktu operasi mereka tidak kira siang atau malam.
Lando yang juga dikenali sebagai pelakon dan rakan-rakannya telah menjalankan kerja sukarela ini sejak bertahun-tahun sudah. Mereka bertindak menurap jalan dan menyelesaikan masalah rakyat dengan titik peluh dan mengeluarkan belanja mereka sendiri. Dengan sebab ini mereka layak digelar BROTHERHOOD Malaysia!!
Banyak maklumat yang dikongsikan berdasarkan pergerakan Brotherhood bukan sahaja berada di Kuala Lumpur, malah di Selangor, Melaka, Johor dan Pulau Pinang selain beberapa ‘permasalahan’ lain di sebalik isu jalan raya rosak.
“Merekalah hero sebenar kerana sanggup berkorban masa, tenaga dan wang agar hak pengguna terhadap jalan raya berkualiti tidak dinafikan
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkenaan keselamatan jalan raya sepanjang tahun lalu merekodkan kira-kira 1.25 juta mangsa nahas setiap tahun, satu jumlah yang tidak dapat diterima terutama di negara miskin. Malah WHO menganggarkan kemalangan jalan raya bakal menduduki tempat kelima punca kematian menjelang 2020.
Badan dunia itu sendiri mengakui keadaan jalan raya yang sempurna dapat menyumbang kepada penurunan statistik kemalangan selain faktor penambahbaikan dalam perundangan, penguatkuasaan dan penggunaan kenderaan yang lebih selamat.
Penunggang motosikal paling berisiko berdepan maut dengan kadar 23 peratus daripada jumlah kematian akibat nahas jalan raya, lebih terperinci bagi kita yang terletak dalam rantau Asia Tenggara, angka tersebut mencecah 33.3 peratus.
Kembali kepada isu jalan raya rosak, besar harapan rakyat agar Malaysia tidak menjadi seperti India yang terkenal dengan jumlah kemalangan maut tertinggi dan permukaan jalan yang sentiasa bermasalah antaranya berpunca daripada kualiti bahan serta kualiti kerja ketika melakukan turapan.
Ironinya, Malaysia pernah menyatakan minat untuk melaksanakan lebih banyak projek jalan raya di India kerana mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang tersebut
No comments:
Post a Comment